Saturday 8 August 2015

LOVE,LOVE,LOVE: EP 9 (THE LEGACY)


LOVE,LOVE,LOVE EP 9 (THE LEGACY)

(semua orang tercengang dengan kehadiran datuk byun….yang paling terkejut adalah ji hyo)
DATUK BYUN: kamu semua apa khabar??? Nampaknya kamu semua tetap bersepadu…..mana saudara kamu yang lain???
BAEKHYUN: nanti mereka menyusul,datuk….
DATUK BYUN: appa kamu macam mana??? (soalan di tuju kepada baekhyun)
BAEKHYUN: baik,datuk….
DATUK BYUN: chanyeol,terima kasih…..kamu sudah menjaga omma kamu dengan baik……datuk bangga dengan kamu…..
JI HYO: jadi,datuk ialah datuk mereka???
DATUK BYUN: ya….maaf,sebab datuk tak ceritakan semuanya kepada kamu,ji hyo…..nama datuk byun taek ik……dan mereka semua adalah cucu datuk…..untuk pengetahuan kamu semua,ji hyo ialah orang yang telah menolong datuk semasa datuk terjatuh ke dalam kolam memancing tempoh hari……
JI HYO: kenapa datuk tak ceritakan kepada saya dari awal-awal??? Ertinya datuk sembunyikan sesuatu daripada saya…..
OMMA LUHAN: ji hyo,jangan sembarangan kalau bercakap…..beraninya kamu….
DATUK BYUN: hye na!!!! (sambil menjeling kea rah omma luhan)
JI HYO: maaf,saya memang tak sepatutnya berada di sini……saya minta diri dulu…..
(ji hyo meninggalkan rumah tersebut luhan mengejarnya dari belakang)
OMMA LUHAN: luhan!!!!
<skip>
(di luar rumah)
LUHAN: (memegang tangan ji hyo) tunggu sekejap….saya nak cakap dengan awak….
JI HYO: sudahlah,luhan…..saya dah bosan,luhan….sudahlah,sekarang biarkan saja saya sendiri untuk berfikir dengan baik…..kita tak boleh terus macam ni….sudahlah,saya dah bosan…kita harus berpisah….(terus meningggalkan luhan)
<skip>
(di rumah chanyeol)
(datuk byun,appa chanyeol,appa baekhyun dan omma luhan sedang bersembang di ruang tamu)
APPA CHANYEOL: kenapa appa tak beritahu saya yang appa nak datang ke korea??? Paling tak,saya boleh jemput appa di lapangan terbang….
OMMA LUHAN: betul awak nak jemput appa??? Hairan pula awak ambil berat…buktinya,appa datang ke rumah awak pun awak tak tahu…..
APPA CHANYEOL: apa yang awak mahu???
DATUK BYUN: hye na!!! appa pulang ke korea sebab appa dapat tahu luhan dah bertunang…..
APPA CHANYEOL: macamlah appa tak tahu….itu cuma helah hye na….tujuannya untuk menarik perhatian rakan-rakan bisnesnya supaya mereka percaya bahawa luhan dah boleh menjadi pemimpin syarikat BY….itu saja….
OMMA LUHAN: habis,kenapa kalau saya cuba tarik perhatian mereka???
APPA CHANYEOL: awak tak sedar??? Saya nak tanya awak,berapa umur luhan sekarang??? Dia masih mentah dan tak da pengalaman langsung….
APPA BAEKHYUN: kamu berdua ni tak pernah berubah…..tak habis-habis nak kecoh tentang perkara ini….siapa yang jadi pemimpin dalam syarikat itu masih lagi appa yang tentukan…..kepada siapa jawatan itu di berikan,ia masih di tangan appa….jaga sikap kamu…..
OMMA LUHAN: hee jin, awak dah pandai bercakap???kenapa kepandaian awak tu tak digunakan untuk menguruskan syarikat awak supaya kami tak perlu susah-susah membantu menguruskan syarikat awak yang hampir bankrap setiap tahun itu???
DATUK BYUN: hee jin memang betul….semua keputusan masih di tangan ayah….sebenarnya orang yang paling berhak memimpin syarikat BY ialah hee jin….kerana huang zi dah tiada dan tak mungkin appa menyerahkannya kepada rin jin….tapi melihat rekod perusahaan yang dimiliki hee jin selama ini sealu hamper bankrap….appa jadi tak berani untuk meyerahkannya kepada dia….tapi begitu juga dengan kamu,hye na….dan kamu juga hyun shik…..hye na….appa nak jumpa tuning luhan….suruh dia datang berjumpa appa…..
OMMA LUHAN: baik, appa….
<skip>
(di rumah baekhyun)
BAEKHYUN: macam mana,appa??? Dah jumpa datuk???
APPA BAEKHYUN: sudah,tapi seperti biasa kalau pak cik hyun shik dan mak cik hye na jumpa datuk,mereka selalu kecoh tentang kepimpinan syarikat….(sambil melonggarkan tai di lehernnya)
BAEKHYUN: pak cik hyun shik kan bukannya ahli keluarga kita….lagipun mak cik hye na kan perempuan….takkan nak biarkan dia jadi pemimpin syarikat??? Orang yang paling berhak sebenarnya ialah appa….
APPA BAEKHYUN: (mendekati baekhyun lalu duduk di sebelah baekhyun) kamu tahu pak cik hyun shik dan mak cik hye na pandang rendah pada ayah,kan??? Sebab mereka selalu bantu syarikat appa…..
BAEKHYUN: (bangun lalu menghempaskan bantal ke sofa) appa perjuangkanlah hak appa….soalnya,saya tak boleh terima kalau kepimpinan syarikat BY jatuh ke tangan luhan…..kenapa asyik luhan saja yang mesti menang dalam semua perkara??? Appa mesti terus mengingatkan datuk tentang hak appa…..saya pun boleh jadi pemimipin syarikat BY suatu masa nanti…..(terus meninggalkan appanya)
<skip>
(di sekolah)
(kumpulan 2ne1 dan geun young sedang rancak bersembang….tiba-tiba geun young mendapat panggilan)
GEUN YOUNG: panggilan daripada mak cik hye na….sekejap,ya??? (bercakap telefon) ya,mak cik??? Ada apa??? Hairan mak cik dah menelefon pada waktu ini…..
(sedang geun young sibuk bersembang,kumpulan 2ne1 mula perasaan dengan perubahan muka cl)
MINZY: nampaknya ada orang yang tak suka dan dah berubah muka…..kau kenapa cl???
CL: tak da apa-apa….aku cuma rasa pelik geun young boleh bertunang dengan luhan….
DARA: ouhhh so do you think…..kau lebih sesuai dengan luhan berbanding geun young???
CL: bukanlah macam tu,dara…..aku kenal luhan….dia sangat menghormati ommanya….tapi kalau dia dah tak suka sesuatu,dia pasti membantah…..lihat sajalah,pertunangan mereka pasti gagal….
DARA: itu mungkin tapi yang penting,musuh kau si ji hyo itu dah huru-hara hidupnya…..betul,tak???
(kembali ke perbualan geun young)
GEUN YOUNG: terima kasih,mak cik….(pergi ke kumpulan 2ne1) kamu semua tahu tak??? Datuk luhan nak jumpa aku!!!! Aku gembira sangat!!! Apa yang aku perlu buat di sana nanti??? Tentu datuk luhan tak sabar nak bertemu dengan bakal isteri luhan….gembiranya!!!!
(cl terus meninggalkan mereka)
<skip>
(di rumah morgan)
(geun young tak sabar untuk bertemu dengan datuk luhan….dia segera pergi ke rumah chanyeol kerana datuk luhan tinggal di situ…..geun young melihat buku-buku yang tersusun kemas di belakang sofa…..datuk byun perlahan-lahan turun dari tangga…geun young duduk kembali di sofa)
DATUK BYUN: jadi,kamu yang bernama geun young???
GEUN YOUNG: ya,datuk…..
DATUK BYUN: dulu kamu selalu ke sini,kan???
GEUN YOUNG : ya, dulu saya selalu sangat datang ke sini bersama keluarga saya…..saya teringat pula semasa kali pertama bertemu dengan datuk….
DATUK BYUN : ya ke ??? kenapa datuk tak ingat ??? siapa nama ibu bapa kamu???
GEUN YOUNG : moon tae hyun dan kim soo jung…..mereka di Sydney kerana urusan bisnes……maklumlah,datuk….syarikat kami sedang sangat maju…..
DATUK BYUN : bagaimana persekolahan kamu ???
GEUN YOUNG: menyenangkan….saya mengikuti program pertukaran pelajar di London selama 2 tahun dan sekarang saya kembali ke korea……
DATUK BYUN: 2 tahun??? Jadi,bagaimana hubungan kamu dan luhan selama itu???
GEUN YOUNG: ka….kami baik-baik saja, datuk…..kami terus berhubung dan luhan juga selalu menelefon saya….kami juga chatting….kami baik-baik saja,datuk……
DATUK BYUN:selam kamu di Korea kamu ada ramai kawan???
GEUN YOUNG: bolehlah….ada beberapa orang…..
DATUK BYUN: kamu kenal yeoja yang bernama ji hyo??? Song ji hyo kalau tak salah…..
GEUN YOUNG: ouhhh,ji hyo….saya kenal dia…..yeoja biasa yang bernasib baik dapat bersekolah di xoxo highschool…..
<skip>
(baekhyun sedang makan seorang diri di restoran….tiba-tiba geun young datang dan duduk di sebelah baekhyun dengan perasaan yang marah)
BAEKHYUN: awak kenapa,geun young???
GEUN YOUNG: tahu tak??? tadi datuk awak seperti menyoal siasat saya…..saya sangka dia seorang yang menyenangkan tapi rupa-rupanya……nampaknya dia tak suka saya……patut ke dia tanya saya tentang ji hyo???
BAEKHYUN: apa yang dia tanya???
GEUN YOUNG: dia tanya pendapat saya tentang ji hyo…….dia kenal ji hyo???
BAEKHYUN: datuk pernah kata bahawa ji hyo pernah menolongnya semasa terjatuh ke dalam kolam memancing……
GEUN YOUNG: jadi,mereka berdua dah kenal???
(geun young menjadi gelisah)
BAEKHYUN: awak kenapa,geun young???
GEUN YOUNG: tak da apa-apa…..
<skip>
(datuk byun pergi ke rumah ji hyo)
DATUK BYUN: datuk boleh tanya??? Semasa kamu bercerita di tempat memancing itu,orang yang kamu maksudkan itu ialah byun hye na dan juga xi luhan ???
(ji hyo terus tersedak sewaktu dia meminum air….)
DATUK BYUN: (tersenyum melihat telatah ji hyo) adakah kamu mencintai luhan dan hye na menentangnya??? Luhan dah bertunang….adakah kamu masih mengharapkan dia???
JI HYO: tidaklah,datuk…..saya dah ikhlaskan semuanya dan tentunya ramai lagi namja yang masih mahukan ji hyo,kan???
DATUK BYUN: betul???
JI HYO: betu datuk,kalau saya bersama dia,kami asyik bergaduh saja….nampaknya kami tak sesuai dan rasa menjengkelkan…..kalau ji hyo kena darah tinggi tak elok,datuk…nanti ji hyo cepat mati pula….ji hyo mahu panjang umur seperti datuk……jadi,datuk bertenanglah….ji hyo tak apa-apa…..
<skip>
(datuk byun kembali ke rumahnya….dia mendapati omma chanyeol….dan kemudian dia mengajak omma chanyeol bersembang)
DATUK BYUN:selamat malam,rin jin……(sambil mencium dahi omma chanyeol lalu menarik kerusi dan duduk bersebelahan dengan omma chanyeol) appa baru saja berjumpa dengan ji hyo…….yeoja yang pernah selamatkan appa semasa appa hampir lemas di tempat memancing…….tak tahulah kenapa kalau appa melihat dia,appa seperti melihat kamu waktu dulu…..appa jadi rindu pada masa kita bersama dulu…..ada kamu, unnie kamu hye na dan juga oppa kamu hee jin……tapi waktu itu dah berlalu….kenangan itu hanya tinggal mimpi…..kalaulah ji hyo menjadi cucu appa….tentu appa boleh lebih menikmati hari tua appa ini…….cucu???!! kamu setuju???
(omma chanyeol mengganguk lemah lalu senyum dengan permintaandatuk byun)
<skip>
(pada waktu pagi)
(datuk byun mengumpulkan semua ahli keluargannya teramsuk,luhan,chnayeol dan juga baekhyun)
OMMA LUHAN: luhan???? Bukanya kamu sepatutnya berada di sekolah???
APPA BAEKHYUN: baekhyun???
LUHAN: ya,omma memang kami sepatutnya berada di sekolah…..datuk yang suruh kami ke sini…..
APPA BAEKHYUN: ada apa ini???
APPA CHANYEOL : nampaknya semua dah berkumpul….maaflah ada hal penting tadi….(masuk secara tiba-tiba)
(datuk byun sedang menuruni tangga dan kemuadian mendekati anak dan cucu-cucunya)
DATUK BYUN : kamu semua dah berkumpul…..
OMMA LUHAN : ada apa sebenarnya appa ???
DATUK BYUN : appa dah memikirkan tentang pemimpin syarikat BY……dengan itu,appa memutuskan supaya kamu memenuhi satu lagi syarat……kamu semua kenal ji hyo,kan ??? datuk terhutang nyawa padanya…..jadi,sesiapa yang boleh mengambil hati ji hyo kemudian memperisterikannya kelak,dialah yang akan mejadi pemimpin syarikat BY…….
APPA BAEKHYUN : apa maksud appa ???
OMMA LUHAN :appa bergurau,kan ??? appa tak serius tentang perkara ini,kan???
DATUK BYUN: appa tak bergurau dan appa serius…..
APPA CHANYEOL: (ketawa kecil) tentu appa main-main….appa yakin???
DATUK BYUN: sudah,kamu diam……appa dah fikirkan perkara ini baik-baik dan ini adalah keputusan appa…..yang tinggal cuma usaha kamu……kalau ada yang merasa tak sanggup,dia boleh keluar daripada pertandingan ini…….(terus meninggalkan mereka semua)
<skip>
(di rumah baekhyun)
APPA BAEKHYUN: tapi mamang benar,kan??? Kamu belum ada teman wanita,baekhyun…..
BAEKHYUN: apa maksud appa???
APPA BAEKHYUN: kalau kamu benar-benar nak jadi pemimpin syarikat BY , kamu mesti mahu memenangi hati ji hyo…..
BAEKHYUN: biar betul,appa….dari mula saya kenal ji hyo,saya tak pernah tertarik padanya walau sedikit pun…..kalau begini caranya,sama saja seperti datuk tak beri saya peluang……
<skip>
(di rumah luhan)
OMMA LUHAN: luhan,kamu jangan fikir omma akan mengikut syarat datuk kamu….lebih baik omma cari cara lain untuk mendapatkan hak kamu…..
LUHAN: kenapa omma tak batlkan pertunangan saya??? Sia-sia saja,kan??? Datuk dah buat keputusan sendiri,omma….
OMMA LUHAN: kamu nak memalukan omma,luhan??? Di mana omma nak letak muka kalau pertunangan kamu dan geun young dibatalkan??? Ingat,luhan….sampai bila-bila pun omma tak mungkin menyukai ji hyo !!!! ingat itu….
<skip>
(di sekolah)
(kai ingin mengajak ji hyo ke sebuah kelab yang jarang mengetahui kehadiran exo di kelab itu…..tapi ji hyo menolak dan kai gagal mebuktikan yang dia boleh megajak ji hyo ke kelab…….di luar kelab itu juga terdapat sebuah dance stage…..kai selalu ke sana kerana dia suka melihat tarian yang lain….tapi di dance stage itu semua yang menari adalah anti exo)
<skip>
(di rumah chanyeol)
CHANYEOL :kenapa mseti dengan cara ini,datuk???kan datuk boleh pilih sesiapa saja yang layak…..chanyeol pasti yang mak cik hye na dan pak cik hee jin pasti setuju dengan keputusan datuk…..
DATUK BYUN: datuk cuma berusaha untuk berlaku adil…..
CHANYEOL: tapi bukan begini caranya,datuk…..tak seharusnya melibatkan ji hyo dalam hal keluarga kita….dia bukan barang taruhan…..
DATUK BYUN: datuk tak cuba jadikan ji hyo barang taruhan tapi semua ini bergantung kepada usaha kamu…..datuk tak pernah memaksa kamu ataupun omma dan appa kamu…….kamu ambil berat terhadap ji hyo…..kamu tak mahu ji hyo menjadi rebutan diantara kamu,baekhyun dan luhan,kan??? Bertenanglah,chanyeol….bukan datuk yang tentukan siapa yang ji hyo harus pilih tapi ji hyo sendiri yang akan memilih…..
<skip>
(di kelab)
(kai mengajak ji hyo ke kelab dengan membohongi ji hyo)
JI HYO: heyyy awak bawa saya ke tempat apa ni???
KAI: apa??? Tak dengarlah……
JI HYO: awak bawa saya ke tempat apa??? (jerit ji hyo)
KAI: tak dengarlah…..
(sedang rancak kai menari tiba-tiba dia terlanggar seseorang)
YEOJA : hai,kai…..hairan pula awak ke sini….ini siapa ??? (sambil menunjuk ke arah ji hyo)
KAI: hai,ini teman wanita saya yang baru…..(sambil merangkul bahu ji hyo)
YEOJA: teman wanita baru awak??? Okey,saya pergi dulu….
JI HYO: apa awak ni??? (sambil mlepaskan bahunya dari pegangan kai)
KAI: tadi tu bekas teman wanita saya…..saya sengaja buat dia sakit hati……sudahlah,menari saja…..
JI HYO: awak gila???(lalu meninggalkan kai)
KAI: ji hyo!!! (sambil mengejar ji hyo)
(mereka berhenti di luar kelab)
KAI: ji hyo….maafkan saya…..
JI HYO: awak gila, ya??? Awak dah kenakan saya??? Gunakan nama luhan pula tu……
KAI : sudahlah, jangan marah…….
JI HYO : malaslah…..(sambil pergi meninggalkan kai)
(tetapi kai menariknya kembali)
KAI : saya benar-benar minta maaf….saya tahu awak banyak masalah…..sebab itulah saya nak hiburkan awak……
JI HYO : tapi awak tak perlu berbohong macam ni,kan ???
KAI: okey, sekarang awak nak hukum saya apa??? Terpulanglah……
JI HYO: okey…..terlanjur saya dah marah macam ni,awak mesti hiburkan saya…..
KAI: so,what should i do ???
(mata ji hyo tertumpu pada satu tempat….tempat itu adalah dance stage bebas….dia mnyuruh kai menari dia tempat itu….kai akur dengan arahannya….pada mulanya mereka menyaksikan tarian orang lain…..tapi secara tidak sengaja dia termasuk ke dalam gelanggang itu kerana ditolak ji hyo…..dia pun menari sehinnga topinya tertanggal dari kepalanya…..orang yang berada di situ semuanya marah kerana dia adalah ahli exo…..dam mereka yang lain adalah anti exo….dalam masa yang sama,luhan juga berada di kelab itu tengah mencari kai….dia juga terlaggar dengan yeoja tadi….dan yeoja tadi memberitahu luhan yang kai ke sini bersama seorang yeoja…..
<skip>
(di dance stage)
ANTI EXO: kau kai exo??? Berani kau datang ke sini…..kau tahu tak siapa kami di sini ??? lain kali kalau kau datang ke sini,nahaslah kau…..(lalu meninggalkan kai)
JI HYO : mereka siapa ???
KAI : mereka anti exo….biasalah ada yang suka,ada yang benci…..
<skip>
(ji hyo dan kai bertembung dengan luhan….)
LUHAN: heyyy kenapa kau ke sini……apa maksud kau mengajak ji keluar???jangan-jangan kau pun nak ikut syarat datuk untuk mendapatkan ji hyo????
JI HYO: nanti dulu…..syarat datuk??? Maksudnya ???
LUHAN : taklah,tak ada apa-apa….
JI HYO: apa datuk beritahu sehingga kai ajak saya keluar???
KAI: bertenang,ji hyo…..saya cuma main-main saja tadi…..
JI HYO : kenapa tak mengaku saja ??? (sambil memijak kaki kai)
KAI: datuk byun kata, dia akan serahkan syarikat BY kalau berjaya mendapatkan awak…..
LUHAN: tolonglah,ji hyo…..jangan pedulikan kata-kata datuk tu….
JI HYO: gila betul…..baik si datuk,cucu-cucu mahupun saudaranya,sama saja jahatnya…..(lalu pergi meninggalkan mereka berdua)
<skip>
(pada pagi itu,ji hyo datang berjumpa dengan datuk byun….untuk menanyakan hal yang sebenar)
JI HYO: datuk,kenapa datuk sampai hati dengan saya??? Kenapa datuk suruh semua cucu datuk mendekati saya??? Datuk nak jadikan saya umpan???
DATUK BYUN: ji hyo,datuk langsung tiada niat untuk menjadikan kamu umpan……
JI HYO: maaf,datuk…..saya tak mahu terlibat apa-apa pun dengan keluarga datuk….saya cuma orang luar yang tak tahu apa-apa dan tak mahu apa-apa……jadi,saya harap datuk boleh tegas dengan semua cucu dan anak datuk……saya minta diri…..(lalu meninggalkan datuk byun)
(chanyeol mengejar ji hyo dari belakang)
<skip>
CHANYEOL: ji hyo,nanti dulu….(sambil mengejar ji hyo)
JI HYO : sudah,jangan ikut saya lagi !!! saya boleh pergi sendiri…..
CHANYEOL : ji hyo,saya sayangkan awak !!!!
(ji hyo tergamam dan terhenti di jalan…..)
JI HYO: saya boleh pergi sendiri….
(chanyeol menarik tangan ji hyo dan kemudian memegang muka ji hyo lalu chanyeol kiss ji hyo…..dalam waktu yang sama luhan keluar dari kereta setelah melihat perbuatan chnayeol)
Bersambung………

No comments:

Post a Comment