Friday 14 August 2015

LOVE,LOVE,LOVE: EP 11 (ANGEL'S FACE)


LOVE,LOVE,LOVE EP 11 (ANGLE’S FACE)

JI HYO: kau????
<skip>
(di atas bumbung rumah luhan)
OMMA LUHAN: jadi semua urusan sudah selesai……(bercakap telefon) ok kalau macam itu tunggu perintah saya selanjutnya…(mematikan telefon)
(dalam masa yang sama,luhan mendekati ommanya)
LUHAN: omma…..
OMMA LUHAN: ya, sayang……..
LUHAN: tadi omma telefon dengan siapa????
OMMA LUHAN: tadi??? Anak buah omma …..ada sedikit urusan kerja…….lagipun,kenapa kamu tanya????? Luhan kamu fikir omma tengah menyusun stragegi untuk menyembunyikan ji hyo di tempat yang selamat……supaya tak diketahui orang……macam tu????? Takkan kamu sanggup nak fikir sampai macam tu sekali tentang omma ????
LUHAN : omma tolong kembalikan ji hyo, omma……lagipun dia salah apa dengan omma….sampai omma sanggup culik dia…..
OMMA LUHAN : omma tak suka kamu jadi macam ni……kamu dah kenapa ???? apa yang buatkan kamu tergila-gila dekat dia ???
LUHAN : omma tak tahu….ji hyo tu yeoja yang berbeza……dia tak lemah…..
OMMA LUHAN : kamu tu pelik…..sudah bertunang dengan geun young yang baik dan statusnya sosialnya sudah jelas……tapi sia-siakannya untuk yeoja yang miskin itu !!!!
LUHAN : omma….saya kan dah pernah bgtau omma yang kalau omma tak setuju dengan saya…..lebih baik saya angkat kaki dari rumah ini…..
OMMA LUHAN : luhan !!!!! meskipun omma yang menyembunyikan ji hyo…..omma takkan pernah bgtau di mana dia berada…..kamu harus tahu yang namanya penculik itu takkan pernah mengaku……
<skip>
(di dance stage berdekatan dengan bangunan lama…..anti exo menari di situ dan bercakap mengenai kai exo……salah seorang daripada mereka bernama mi na…..kai prnah menjatuhkan telefon mi na dan merosakkannya…..mi na juga pernah membuat perhitungan tarian bersama kai dan jugak sehun…..mereka menunggu kai dan sehun di dane stage itu tetapi kai dan sehun tak kelihatan kerana mereka sibuk mencari ji hyo yang hilang….)
NAMJA 1 : mana mereka ???? janji nak datang……….
NAMJA 2: nampaknya mereka takkan pernah datang…….mereka tu penakut…..
YEOJA 1: lagipun mi na buat apa kita habiskan masa kita dekat sini kalau mereka tak datang…..tak penting kot…..
YEOJA 2: tadi tu aku fikir kalau mereka datang…..mereka tu tak penakut yang aku fikirkan….ternyata penakut gila……
NAMJA 2: lagipun buat apa kita tunggu di sini…..tak penting tau tak…..betul tak guys?????
MI NA: tapi guys aku nak tahu gila……boleh jadi kan mereka tak boleh datang sebab ada halangan……
YEOJA 1: apa-apa halangan……caringnyaaaaa…….
(semua anti exo gelak bersama)
MI NA: tapi,mungkin merka ada kat kelab itu?????
YEOJA 2: kalau ada,kenapa????
MI NA: tenang-tenang aku bakal buat perhitungan dengan mereka…….
<skip>
(kai keluar dari kelab untuk bercakap telefon)
KAI: lagipun kenapa perlu pindah tempat…..aku ngan sehun masih kat sin lah……sudahlah nanti aku ke sana……
(kai mematikan telefon dan melihat keretanya di conteng oleh anti exo menggunakan perkataan penakut)
KAI: woiiii…..kau buat apa tu?????
(anti exo semuanya lari bertempiaran setelah melihat kai keluar untuk mengejar mereka)
KAI: ishhh tak guna…..habis kereta aku……woiiiii (terus mengejar mereka)
(mi na terpecah dari groupnya dan kai semakin hampir mengejarnya….akhirnya mi na terlanggar dengan pemabuk di tepi jalan)
PEMABUK: oiiiii ada mata ke tak ha???? Eh ada yeoja cantik…..sebagai ganti air aku yang tumpah……kau dengan kami je malam ni ok……
MI NA: lepaskanlah…..lepaaskan…..
KAI: woiiiii…..(sambil menolak mi na ke tepi) heyyy bro santai je lah……takkan sebab air tumpah je kau nak buat perkaran macam tu????
PEMABUK: alaaa banyak bunyi la kau…..
(terus menumbuk kai…..tetapi kai pantas mengelak….dan menyerang kedua-dua orang pemabuk itu…..mi na ingin membantu dengan memukul kepala pemabuk tersebut dengan kayu……tetapi sebaliknya mengenai kepala kai….pemabuk itu lari selepas melihat kejadian tadi……)
MI NA : soriiii…….
(Kai cuba bangun dan duduk di tangga……mi na memberikan air untuk kai minum dan menyapu lukanya)
MI NA : ni minum…..(sambil menyuakan air mineral ke tangan kai) untuk hilangkan rasa sakit…..
KAI: thank….
(mi na cuma mengganguk)
KAI: eh kau dah kenapa conteng kereta aku……salah aku apa……kenapa kau sanggup buat semua tu????
MINA: (ada sedikit rasa bersalah tapi tetap mejaga maruah) dah kau tak datang ke perhitungan kita…..tu yang semua anti exo cakap kau penakut……..
KAI: soriii….hari ni memang aku tak boleh nak datang sebab ada hal…….sebab kawan aku hilang……
MI NA: hilang, maksud kau????
KAI: ya dia di culik……ini gambarnya…..mungkin kau ada ternampak dia nanti bgtau aku ok……
MI NA: ini bukan ke teman wanita kau yang tolak kau masuk ke gelanggang kami…..
KAI: bukan ini kawan aku……
MI NA: (tersedar sesuatu lalu bangun) kenapa kita jadi akrab tiba-tiba ni???
KAI: kenapa,tak boleh ke???
MI NA: ermmm aku kan anti…..anti exo…..takkan aku akrab dengan ahli exo…..
KAI: kalau kau tak suka kenapa kau peduli dengan aku???? Aku kan exo……
MI NA: (diam sekejap) sudahlah aku pergi dulu…..(terus meninggalkan kai)
KAI: ehhhh pergi dengan aku saja……
MI NA: tak payah……
KAI: eh nama kau siapa????
MI NA: kenapa kau harus tahu????
KAI: manalah tahu yang kita akan berjumpa lagi nanti????
MI NA: kau yakin kita akan bertemu kambali?????
KAI: yakinlah…..
MI NA: mi na……kang mi na……
(kai cuma tersenyum)
MI NA : * aduhhh kenapa aku jujur sangat ni…..kenapa boleh jadi akrab macam ni…..* (bisik hati mi na lalu meninggalkan kai)
<skip>
(kai balik ke bilik exo berkumpul…….luhan dan yang lain melihat lebam di kepala kai….d.o. mengambil ketulan ais kemudian diletakkan di dalm kain kemudian menuam kepala kai)
LUHAN : kenapa kau masih nak tolong yeoja tu…..sedangkan kau tahu yang dia tu anti exo……
D.O. : ehhh fikirlah la logik sikit yeoja tu kena kacau dengan pemabuk……
XIUMIN : kau tahu kan….yang kai akan tolong kalau yeoja mana-mana sekalipun kena macam tu……byangkan kalau benda ni terjadi kat ji hyo…..apa kau buat…..nak biarkan saja ke ???? opppssss sori luhan…..bukan maksud aku nak kaitkan ji hyo dalam hal ni….tapi……
<skip>
(di bilik anti exo berkumpul)
 NAMJA 1: kai yang tolong kau?????
YEOJA 1: tapi itu tak berarti yang mi na sudah batalkan perhitungan kita kat kai,kan mi na????
NAMJA 2: wahhh jangan kata kau suka kat kai????
MI NA: gila ke kau???? Aku cuma tak sedap hati je, lagipun aku tak ucapkan terima kasih kat dia…..
<skip>
(di bilik kurungan)
(penculik yang menculik ji hyo masuk ke dalam bilik tahanan untuk mejga ji hyo…..penjahat tersebut makan sambil menjaga ji hyo……waktu penjahat itu terleka, ji hyo mengambil peluang ini untuk melepaskan diri…..ji hyo berjaya keluar dari gudang tersebut tetapi gagal sewaktu di luar bangunan itu kerana di luar bangunan itu ada seorang lagi penculik yang baru memasuki gudang tersebut……mi na ternampak kejadian itu……dan segera ke bangunan sm untuk mencari kai……)
<skip>
(setibanya dia di bangunan sm…..mi na dan kawannya mencari kai di bilik latihan exo….)
KAI: kenapa kau ada kat sini???? (terkejut dengan kehadiran mi na)
D.O. : ye lah….kau kan anti exo….macam mana boleh ada kat sini????
MI NA: jangan salah faham….aku datang sini cuma nak bgtau yang aku nampak yeoja…..yeoja yang kai tunjuk kat aku semalam…..
KAI: kat mana????
LAY: kau tunjuk apa kat dia????
KAI: gambar ji hyo……
(semua ahli exo terkejut dan terus memasang telinga mendengarkan pernyataan dari mi na…..mi na menerangkan secara tereprinci mengenai ji hyo……)
KAI: terima kasih….kami semua tak tahu macam mana nak balas budi kau……
MI NA: eh tak payah…..anggap je yang ini adalah balasan aku sebab kau tolong aku semalam…..kalau tak da apa-apa aku pergi dulu….selamat berjaya menemui dia…..bye…..
KAI: bye…..
<skip>
(di sekolah luhan datang untuk mencari chanyeol….dia mencurigai chanyeol sejak hari pertama ji hyo hilang….)
LUHAN: chanyeol!!!!!
(dalam masa yang sama kumpulan 2ne1 dan geun young berada berdekatan dengan kawasan luhan dan chanyeol berada….mereka terkejut dengan sergahan luhan)
LUHAN: kau kan yang sembunyikan ji hyo?????
CHANYEOL: kenapa kau tanya aku????
LUHAN: (memegang kolar baju chanyeol) kau jagan buat kami semua menjadi bingung……kalau kau sembunyikan ji hyo….lebih baik kau bagitau kita sekarang dia di mana????
CHANYEOL: kenapa kau memaksa aku untuk beritahu????
LUHAN: jangan main-main…..(terus menumbuk muka chanyeol)
(kumpulan 2ne1 dan geun young terkejut melihat perbuatan luhan…..ahli exo yang lain memberhentikan perbuatan luhan)
LUHAN: kau sakit hati kan,ji hyo tak terima cinta kau???? Sebab tu kau culik dia…..betul,kan ???? jawab aku…..(setelah melihat chanyeol cuma mendiamkan diri) kau sembunyikan ji hyo di mana?????
(chanyeol cuma mendiamkan diri dan berlalu pergi dari situ tanpa sebarang kata)
<skip>
(di bilik kurungan)
(ketua penjahat tersebut datang menemui ji hyo)
JI HYO: kenapa kau sanggup buat macam ni kat aku??? (sambil menangis)
(penculikitu adalah baekhyun…..yang selama ini tidak disangka)
<skip>
(ahli exo sedang bersiap untuk menyelamatkan ji hyo…..xiumin asyk leka bermain dengan psp…..tao melihat gelagat xiumin dan menanyakan sesuatu)
TAO: hyung…..tak bosan ke???
XIUMIN: tak…..
KAI: dah jom kita gerak sekarang….nanti jalan jam…….
XIUMIN: korang pergilah aku nak habiskan level ni tinggal skit je lagi…..
KAI : hyung….janganlah macam ni……dalam geng kita hyung yang paling kuat……dan jaguh berlawan…..
XIUMIN : tao kan ada ????
KAI : ala kita pergi ni gudang lama….banyak lipas nanti tak pasal-pasal penculik tu ketawakan kita disebabkan tao…..
XIUMIN : oklahhhh….nanti belanja boazi…..
KRIS : minseok….biar aku belanja kau……..
XIUMIN : cantik……
<skip>
<skip>
(baekhyun menyuapkan air ke ji hyo……dan ji hyo meminum air tersebut)
BAEKHYUN: kesian haus ye……..sori ji hyo…..aku terpaksa lakukan semua ni…..kerana kau dah menggagu keluarga aku…..pada hari pertama aku ingat kau ni pelajar yang ok……tapi ternyata kemunculan kau kat sekolah benar-benar menganggu…..
JI HYO:tapi….aku pernah buat salah ke kat kau???? Aku tak pernah cari gaduh dengan kau……
BAEKHYUN: sebenarnya aku nak berterima kasih dengan kau sebab kau dah buat luhan jatuh cinta dekat kau……jadi aku boleh dekat dengan yeoja yang aku suka…..tapi ternyata yeoja yang aku suka sakit hati sbb cinta dari luhan kau ambil daripadanya…
JI HYO: maksud kau geun young????
BAEKHYUN: aku sakit hati setiap kali lihat geun young menangis disebabkan luhan…..tapi yang lebih buatkan aku sakit hati….bila datuk bgtau yang kau adalah penentu waris syarikat BY…..lagipun kau siapa??? Sampai datuk buat keputusan macam tu????
JI HYO: aku bukan siapa-siapa???? (sambil menangis) aku tak tahu macam mana aku boleh terjebak dalam semua masalah ni????lagipun semua tu bukan kemahuan aku……
BAEKHYUN: kau tak salah….tapi disebabkan kemunculan kau……semua ni terjadi……jadi aku terpaksa…(sambil memegang muka ji hyo dengan ganas) untuk singkirkan kau……(melepaskan pipi ji hyo lalu meninggalkan ji hyo)
<skip>
(di rumah chanyeol)
(chanyeol sedang tidur di sofa sambil membaca buku…..appa chanyeol datang dan menegur chanyeol…..)
APPA CHANYEOL: chanyeol….appa nak minta maaf dengan kamu…..sbb mungkin selama ini appa terlalu keras dengan kamu….dan terobsesi dengan kekuasaan…..tapi semua yang appa lakukan adalah untuk kamu dan omma kamu…..appa cuba mempertahankan apa yang sepatutnya kamu miliki….dan sekaligus appa ingin tebus dosa appa terhadap omma kamu…..chanyeol,appa harap kamu sudi bantu appa…..bersama-sama kita membangunkan perusahaan yang appa bina….bagi appa walaupun kamu benci appa….itu takkan mengubah apa-apa….kamu tetap anak appa…..
DATUK BYUN: sepertinya dialog antara anak dan appa sedang berlangsung di sini…..(sampuk datuk byun yang datang secara tiba-tiba)
(chanyeol terus bangun)
CHANYEOL: datuk???? Sejak bila datuk ada kat sini????
DATUK BYUN: datuk dari tadi petang ada dekat bilik omma kamu…..datuk lihat kamu tak berusaha mencari ji hyo????ada apa sebenarnya…..bukan kamu suka dekat ji hyo????
CHANYEOL: maaf datuk…..saya dah tak boleh kejar ji hyo lagi…..kalau dia masih dijadikan taruhan oleh keluarga kita….saya dah pernah kena tolak….dan saya rasa itu sudah cukup……jadi biar yang lain saja mendapatkan dia…..
APPA CHANYEOL: chanyeol…..kenapa kamu meyerah begitu saja????
CHANYEOL: perasaan ji hyo tak boleh diubah…..dan perkara itu saya tak boleh nak paksa…..
(chanyeol mendapat panggilan dari kai….kai memberitahu lokasi ji hyo…..chanyeol tidak segera untuk mengejar mereka tapi sebaliknya dia berfikir)
DATUK BYUN:chanyeol……datuk selalu beritahu kamu….kamu harus ikut hati nurani kamu…..kalau hati kamu masih berjuang dan mahu mendapatkan ji hyo…..kenapa kamu masih di sini???
(chanyeol terus bangun dan mengejar ahli exo yang lain)
 <skip>
(ahli exo dan juga chanyeol tiba di lokasi untuk menyelamatkan ji hyo)
LUHAN: kenapa kau ada kat sini???? (sambil melihat chanyeol)
KAI: sudahlah hyung…..dia juga nak menolong kita dalam melakukan operasi ini……
(mereka terus masuk ke dalam dan chanyeol berada di hadapan…..mereka ceroboh lalu melawan semua penjahat yang ada….baekhyun terdengar bunyi bising dan terus bersembunyi……semua ahli exo sedaya upaya untuk melawan….chanyeo,luhan dan xiumin turun ke bawah untuk mencari ji hyo……tiba di bawah mereka ternampak ji hyo dan 3 orang lagi penjahat yang berbadan besar……chanyeol melawan seorang,xiumin juga dan luhan……luhan telah menjatuhkan lawannya dan terus ke ji hyo)
LUHAN: awak tak apa-apa???
JI HYO: saya okey…..
(penjahat yang luhan jatuhkan itu cuba bangun dan mengambil pisau untuk menikam luhan….)
JI HYO: luhan,awas!!!!
(pisau itu menikam tubuh seseorang……dan orang itu adalah chanyeol yang menghalang perbuatan penjenayah itu…..chanyeol memgang bahu penculik itu dan kemudian menumbuk penculik itu…..penculik itu jatuh dan chanyeol pun rebah akibat tikaman tersebut……)
JI HYO: chanyeol!!!!!
LUHAN: chanyeol!!!!!
XIUMIN: ya dongsaeng!!!!!!

Bersambung…….

Tuesday 11 August 2015

LOVE,LOVE,LOVE: EP 10 (BROKEN HEART)


LOVE,LOVE,LOVE EP 10 (BROKEN HEART)

( ji hyo melepaskan pelukan chayeol.......)
JI HYO: sampai hati awak buat macam ni kat saya???
(kemudian luhan datang dan terus menumbuk chanyeol…..tapi ji hyo terus berada di tengah takut luhan memukul chanyeol lagi…..)
LUHAN:  beraninya kau kiss ji hyo !!!
CHANYEOL: sori luhan….niat aku nak menyelamatkan ji hyo…..tapi sekarang aku nak ji hyo jadi milik aku…..
(luhan ingin menumbuk chanyeol)
JI HYO: sudah,berhenti….(sambil memegang baju luhan) teruskan saja bergaduh…..biar awak berdua tu mati!!!! Biar hidup saya tenang…..awak berdua dan juga keluarga awak berdua sama saja!!!! Egois…..buat hidup saya susah saja tahu tak !!!
(ji hyo berlalu pergi dari situ…….)
CHANYEOL : aku dah bagi peringatan kat kau……kalau kau tak dapat jaga dia….aku akan rebut dia dari kau….(terus berlalu pergi......)
<skip>
(chanyeol balik ke rumah untuk bertukar baju dan kemudian appa chanyeol menyekat laluan chanyeol sewaktu chanyeol menuruni tangga)
APPA CHANYEOL : chanyeol....la kenapa dengan pipi tu ??? (melihat pipi chanyeol yang lebam akibat di pukul luhan) bergaduh ke ??? ok,appa takkan tanya kamu pasal benda ni…….kerana kamu pasti takkan jawab appa…..ouhhh ya appa dah lihat yeoja yang bernama ji hyo……kalau menurut appa dia baik orangnya dan yang paling penting cantik…….
CHANYEOL : then ???
APPA CHANYEOL : maksud appa…..ok apa yang appa fikir selama ni salah……chan….kalau kamu beretmu dengan dia…..cakap appa seronok berkenalan dengan dia……
(chanyeol terus pergi selepas appanya cakap)
APPA CHANYEOL: chanyeol!!! Hati-hati bawa kereta……jangan pandu laju…..*harus perlahan-lahan memujuk chanyeol……suapaya dia merapati ji hyo….*(bisik appa chanyeol di dalam hati)
<skip>
(di sidang media)
(luhan memberitahu media bahawa pertunangannya dengan geun young dibatalkan……seluruh media terkejut dengan pernyataan itu…..di sidang media tersebut ramai wartawan dan juga peminat yang jarang boleh bertemu dengan mereka….mata tao terlihat pada seorang yeoja yang berdarah hidung akibat menyukai kris…..yeoja itu membawa banner yang tertulis…..” I love kris”)
TAO: hyung,tengok yeoja itu……teman wanita hyung ke???/
KRIS: (kris melihat yeoja itu dan dia terkejut) ishhhh kau ni……mintak-mintaklah di jauhkan……
TAO/KRIS: hahahahaha…….
LUHAN: saya xi lu han ingin memberitahu bahawa ssaya dan juga moon geun young telah putuskan pertunanagan kami atas alasan kami sendiri….
WARTAWAN 1: kenapa??? Adakah anda mempunyai yeoja lain???
WARTAWAN 2: adakah ini melibatkan cabaran daripada datuk anda???
LUHAN: saya tegaskan sekali lagi,pertunangan saya xi lu han dan moon geun young dibatalkan…….
(semua penyokong bersorak….dan kelihatan baekhyun tersenyum seorang diri)
<skip>
(pada waktu yang sama,geun young dan omma luhan minum teh bersama dan geun young mendapat tahu berita pertunagannya dibatalkan setelah melihat kaca televisyen)
GEUN YOUNG: mak cik lihat ni…..(kuatkan volume suara)
<skip>
(di sekolah,satu sekolah kembali sibuk tentang berita luhan yang secara tiba-tiba membatalkan pertunangannya,ji hyo masih lagi tidak mengetahui tentang kejadian yang sebenar…….seo joon datang menerpa ji hyo dan memberitahu hal sebenar)
SEO JOON: eh ji hyo awak tak tahu lagi ke berita pasal luhan???
JI HYO: tak. kenapa dengan dia??? (jawab ji hyo lemah)
SEO JOON: dia dah batalkan pertunangan dia dengan geun young……
JI HYO: hmmm…..apa!!!???
<skip>
(appa baekhyun datang berjumpa dengan datuk byun…untuk menuntut haknya sebagai anak sulung)
APPA BAEKHYUN: appa bagi jelah dekat baekhyun jawatan tu……lagipun dia adalah cucu kepada anak sulung appa ni……kalau appa tak boleh bagi dekat saya…..bagi jelah dia pegang jawatan tu…….
DATUK BYUN: boleh……dapatkan hati ji hyo dulu……
APPA BAEKHYUN: appa……dia tu cucu appa…….
DATUK BYUN : tapi dia bukan satu-satunya cucu appa kan ?????
<skip>
(di sekolah,luhan memberanikan dirinya untuk berjumpa dengan ji hyo…….dia terfikirkan ancaman chanyeol…..di memanggil ji hyo sewaktu ji hyo hendak pulang dari sekolah)
LUHAN:ji hyo !!!!
(ji hyo pun berhenti tetapi dia tidak memaling ke arah luhan)
LUHAN: boleh saya cakap dengan awak,sebentar?????
JI HYO: saya dah berhenti di depan ni…….apa yang awak nak cakap????
LUHAN : tolonglah kali ni saja dengar penjelasan saya……saya dah putuskan tunang saya dengan geun young…jadi saya nak awak balik dengan saya……..jadi teman wanita saya balik……
JI HYO: awak buat semua ni sebab syarat datuk kan???? Lepas tu awak dapat jadi pewaris datuk ????
LUHAN: ji hyo please……saya bukan buat semua ni demi syarat datuk……saya betul-betul cintakan awak……saya tak menjangkan semua ni berlaku……saya pun tak tahu apa-apa tentang pertunangan ni………tolonglah percayakan saya…..kalau awak tak percayakan saya……..saya siap untuk keluar dari keluarga BY…..demi membuktikan cinta saya…..
JI HYO : awak gila ke ??? awak tak fikir ke apa yang akan jadi kat keluarga saya????
LUHAN : awak ingat ini kan ???? (sambil menunjukkan gelang yang ji hyo buatkan untuknya) saya yakin selagi gelang ini berada salah satu diantara kita…..cinta kita masih ada……
JI HYO: saya tak boleh luhan……makin saya terima awak…..makin awak lukakan hati saya….saya dah penat…..tolonglah saya merayu kat awak……
LUHAN: saya juga merayu kat awak untuk terima saya kembali…..(lalu memeluk ji hyo sekuat hatinya)
JI HYO: apa akan jadi kalau awak lukakan saya lagi???? (bisik hati ji hyo)
<skip>
(geun young mencari baekhyun setelah mendapat tahu yang pertunangannya dibatalkan)
BAEKHYUN: kenapa ni??? (terkejut setelah geun young memeluknya)
GEUN YOUNG: baekhyun…..luhan batalkan pertunangan kami……..
BAEKHYUN: ye saya tahu….saya nak buat macam mana lagi…….awak sendiri tahu perangai luhan kan??? Dia tu keras kepala….
GEUN YOUNG: sekarang ni cuma awak je harapan saya yang tinggal…
(baekhyun tersenyum)
GEUN YOUNG: tolong saya dapatkan luhan kembali……
(wajah baekhyun berubah kembali,walau bagaimanapun baekhyun tetap berasa geram kerana ji hyo telah membuatkan orang yang dia cintai menangis)
<skip>
(omma luhan datang ke rumah ji hyo untuk menyerahkan cek….omma luhan menyerahkan wang yang banyak untuk ji hyo dan keluarganya supaya keluar dari rumah dan tingglakan korea…….supaya ji hyo tidak boleh berjumpa dengan luhan lagi…..pada awalnya omma ji hyo terkejut dengan wang yang diberikan….tapi disebabkan kebahagiaan anaknya itu tidak boleh di beli dengan wang……maka dia mengoyak kertas cek tersebut dan menyiram air basuh baju ke muka omma luhan…..)
<skip>
(omma luhan segera berjumpa dengan luhan)
OMMA LUHAN : luhan !!! apa maksud kamu beritahu ke pihak media bahawa pertunagan kamu batal…..jawab omma….luhan!!! kamu nak malukan omma????
LUHAN : dari awal saya dah tak setuju dengan pertunangan ini kan……sekarang percuma saja omma habiskan tenaga omma untuk jayakan pertunangan ini…..syarat datuk nakkan ji hyo bukanya geun young…….
OMMA LUHAN :kamu jangan ingat omma akan setuju dengan cadangan datuk……keluarga sebelah appa kamu pun semuanya memilih kamu menjadi BY…..omma akan cuba pujuk datuk kamu dengan cara ini…..ini juga demi kamu…..
LUHAN : omma….ini bukan untuk saya kan???? Ini semua untuk kepentingan diri omma……dari mana pun cadangan omma tu….perasaan saya tak boleh dipaksa…….saya tetap nak bersama dengan ji hyo…..dan bukannya dengan geun young…kalau omma tak nak terima semua ni…..lebih baik saya keluar dari keluarga BY……(berlalu pergi meninggalkan ommanya)
OMMA LUHAN : luhan !!!!! *ini semua gara-gara yeoja itu* (bisik hati omma luhan)
<skip>
(selepas waktu sekolah,ji hyo melalui jalan belakang seperti biasa….dia terasa seperti orang mengikutnya dari belakang…..dia cuba memperlajukan pergerakkannya……dia memberanikan diri untuk melihat ke belakang….saat dia melihat ke belakang….mulutnya dicekup oleh seseorang menggunakan sapu tangan……tidak lama ji hyo bergelut ji hyo pun pengsan…..ji hyo segera dibawa masuk ke dalam sebuah van yang besar…..tidak seorang pun yang tahu tentang penculikkan ji hyo)
<skip>
(omma dan appa ji hyo risau dengan keadaan ji hyo lalu omma ji hyo menelefon seo joon untuk menanyakan seo joon sesuatu…..dan omma ji hyo memberitahu seo joon bahawa ji hyo belum pulang ke rumah lagi……selepas mendapat berita bahawa ji hyo hilang……seo joon segera memberitahu luhan tentang kejadian ini……ahli exo turut terkejut dengan kehilangan ji hyo…..luhan mengesyaki ommanya….luhan juga mengesyaki chanyeol…..kerana chanyeol tahu bahawa dia dan ji hyo sudah kembali seperti dahulu……)
<skip>
(ji hyo tiba di sebuah gudang……gudang itu merupakan gudang lama yang ditinggalkan oleh orang kaya…..ji hyo tidak boleh bergerak kerama tangan dan kakinya diikat…..mata dan mulutnya pulak ditutup…..setelah beberapa minit ji hyo menjerit baru ada seseorang masuk dan membuka penutup mata dan mulut ji hyo……ji hyo terkejut kerana orang itu adalah…….)

Bersambung…….

Saturday 8 August 2015

LOVE,LOVE,LOVE: EP 9 (THE LEGACY)


LOVE,LOVE,LOVE EP 9 (THE LEGACY)

(semua orang tercengang dengan kehadiran datuk byun….yang paling terkejut adalah ji hyo)
DATUK BYUN: kamu semua apa khabar??? Nampaknya kamu semua tetap bersepadu…..mana saudara kamu yang lain???
BAEKHYUN: nanti mereka menyusul,datuk….
DATUK BYUN: appa kamu macam mana??? (soalan di tuju kepada baekhyun)
BAEKHYUN: baik,datuk….
DATUK BYUN: chanyeol,terima kasih…..kamu sudah menjaga omma kamu dengan baik……datuk bangga dengan kamu…..
JI HYO: jadi,datuk ialah datuk mereka???
DATUK BYUN: ya….maaf,sebab datuk tak ceritakan semuanya kepada kamu,ji hyo…..nama datuk byun taek ik……dan mereka semua adalah cucu datuk…..untuk pengetahuan kamu semua,ji hyo ialah orang yang telah menolong datuk semasa datuk terjatuh ke dalam kolam memancing tempoh hari……
JI HYO: kenapa datuk tak ceritakan kepada saya dari awal-awal??? Ertinya datuk sembunyikan sesuatu daripada saya…..
OMMA LUHAN: ji hyo,jangan sembarangan kalau bercakap…..beraninya kamu….
DATUK BYUN: hye na!!!! (sambil menjeling kea rah omma luhan)
JI HYO: maaf,saya memang tak sepatutnya berada di sini……saya minta diri dulu…..
(ji hyo meninggalkan rumah tersebut luhan mengejarnya dari belakang)
OMMA LUHAN: luhan!!!!
<skip>
(di luar rumah)
LUHAN: (memegang tangan ji hyo) tunggu sekejap….saya nak cakap dengan awak….
JI HYO: sudahlah,luhan…..saya dah bosan,luhan….sudahlah,sekarang biarkan saja saya sendiri untuk berfikir dengan baik…..kita tak boleh terus macam ni….sudahlah,saya dah bosan…kita harus berpisah….(terus meningggalkan luhan)
<skip>
(di rumah chanyeol)
(datuk byun,appa chanyeol,appa baekhyun dan omma luhan sedang bersembang di ruang tamu)
APPA CHANYEOL: kenapa appa tak beritahu saya yang appa nak datang ke korea??? Paling tak,saya boleh jemput appa di lapangan terbang….
OMMA LUHAN: betul awak nak jemput appa??? Hairan pula awak ambil berat…buktinya,appa datang ke rumah awak pun awak tak tahu…..
APPA CHANYEOL: apa yang awak mahu???
DATUK BYUN: hye na!!! appa pulang ke korea sebab appa dapat tahu luhan dah bertunang…..
APPA CHANYEOL: macamlah appa tak tahu….itu cuma helah hye na….tujuannya untuk menarik perhatian rakan-rakan bisnesnya supaya mereka percaya bahawa luhan dah boleh menjadi pemimpin syarikat BY….itu saja….
OMMA LUHAN: habis,kenapa kalau saya cuba tarik perhatian mereka???
APPA CHANYEOL: awak tak sedar??? Saya nak tanya awak,berapa umur luhan sekarang??? Dia masih mentah dan tak da pengalaman langsung….
APPA BAEKHYUN: kamu berdua ni tak pernah berubah…..tak habis-habis nak kecoh tentang perkara ini….siapa yang jadi pemimpin dalam syarikat itu masih lagi appa yang tentukan…..kepada siapa jawatan itu di berikan,ia masih di tangan appa….jaga sikap kamu…..
OMMA LUHAN: hee jin, awak dah pandai bercakap???kenapa kepandaian awak tu tak digunakan untuk menguruskan syarikat awak supaya kami tak perlu susah-susah membantu menguruskan syarikat awak yang hampir bankrap setiap tahun itu???
DATUK BYUN: hee jin memang betul….semua keputusan masih di tangan ayah….sebenarnya orang yang paling berhak memimpin syarikat BY ialah hee jin….kerana huang zi dah tiada dan tak mungkin appa menyerahkannya kepada rin jin….tapi melihat rekod perusahaan yang dimiliki hee jin selama ini sealu hamper bankrap….appa jadi tak berani untuk meyerahkannya kepada dia….tapi begitu juga dengan kamu,hye na….dan kamu juga hyun shik…..hye na….appa nak jumpa tuning luhan….suruh dia datang berjumpa appa…..
OMMA LUHAN: baik, appa….
<skip>
(di rumah baekhyun)
BAEKHYUN: macam mana,appa??? Dah jumpa datuk???
APPA BAEKHYUN: sudah,tapi seperti biasa kalau pak cik hyun shik dan mak cik hye na jumpa datuk,mereka selalu kecoh tentang kepimpinan syarikat….(sambil melonggarkan tai di lehernnya)
BAEKHYUN: pak cik hyun shik kan bukannya ahli keluarga kita….lagipun mak cik hye na kan perempuan….takkan nak biarkan dia jadi pemimpin syarikat??? Orang yang paling berhak sebenarnya ialah appa….
APPA BAEKHYUN: (mendekati baekhyun lalu duduk di sebelah baekhyun) kamu tahu pak cik hyun shik dan mak cik hye na pandang rendah pada ayah,kan??? Sebab mereka selalu bantu syarikat appa…..
BAEKHYUN: (bangun lalu menghempaskan bantal ke sofa) appa perjuangkanlah hak appa….soalnya,saya tak boleh terima kalau kepimpinan syarikat BY jatuh ke tangan luhan…..kenapa asyik luhan saja yang mesti menang dalam semua perkara??? Appa mesti terus mengingatkan datuk tentang hak appa…..saya pun boleh jadi pemimipin syarikat BY suatu masa nanti…..(terus meninggalkan appanya)
<skip>
(di sekolah)
(kumpulan 2ne1 dan geun young sedang rancak bersembang….tiba-tiba geun young mendapat panggilan)
GEUN YOUNG: panggilan daripada mak cik hye na….sekejap,ya??? (bercakap telefon) ya,mak cik??? Ada apa??? Hairan mak cik dah menelefon pada waktu ini…..
(sedang geun young sibuk bersembang,kumpulan 2ne1 mula perasaan dengan perubahan muka cl)
MINZY: nampaknya ada orang yang tak suka dan dah berubah muka…..kau kenapa cl???
CL: tak da apa-apa….aku cuma rasa pelik geun young boleh bertunang dengan luhan….
DARA: ouhhh so do you think…..kau lebih sesuai dengan luhan berbanding geun young???
CL: bukanlah macam tu,dara…..aku kenal luhan….dia sangat menghormati ommanya….tapi kalau dia dah tak suka sesuatu,dia pasti membantah…..lihat sajalah,pertunangan mereka pasti gagal….
DARA: itu mungkin tapi yang penting,musuh kau si ji hyo itu dah huru-hara hidupnya…..betul,tak???
(kembali ke perbualan geun young)
GEUN YOUNG: terima kasih,mak cik….(pergi ke kumpulan 2ne1) kamu semua tahu tak??? Datuk luhan nak jumpa aku!!!! Aku gembira sangat!!! Apa yang aku perlu buat di sana nanti??? Tentu datuk luhan tak sabar nak bertemu dengan bakal isteri luhan….gembiranya!!!!
(cl terus meninggalkan mereka)
<skip>
(di rumah morgan)
(geun young tak sabar untuk bertemu dengan datuk luhan….dia segera pergi ke rumah chanyeol kerana datuk luhan tinggal di situ…..geun young melihat buku-buku yang tersusun kemas di belakang sofa…..datuk byun perlahan-lahan turun dari tangga…geun young duduk kembali di sofa)
DATUK BYUN: jadi,kamu yang bernama geun young???
GEUN YOUNG: ya,datuk…..
DATUK BYUN: dulu kamu selalu ke sini,kan???
GEUN YOUNG : ya, dulu saya selalu sangat datang ke sini bersama keluarga saya…..saya teringat pula semasa kali pertama bertemu dengan datuk….
DATUK BYUN : ya ke ??? kenapa datuk tak ingat ??? siapa nama ibu bapa kamu???
GEUN YOUNG : moon tae hyun dan kim soo jung…..mereka di Sydney kerana urusan bisnes……maklumlah,datuk….syarikat kami sedang sangat maju…..
DATUK BYUN : bagaimana persekolahan kamu ???
GEUN YOUNG: menyenangkan….saya mengikuti program pertukaran pelajar di London selama 2 tahun dan sekarang saya kembali ke korea……
DATUK BYUN: 2 tahun??? Jadi,bagaimana hubungan kamu dan luhan selama itu???
GEUN YOUNG: ka….kami baik-baik saja, datuk…..kami terus berhubung dan luhan juga selalu menelefon saya….kami juga chatting….kami baik-baik saja,datuk……
DATUK BYUN:selam kamu di Korea kamu ada ramai kawan???
GEUN YOUNG: bolehlah….ada beberapa orang…..
DATUK BYUN: kamu kenal yeoja yang bernama ji hyo??? Song ji hyo kalau tak salah…..
GEUN YOUNG: ouhhh,ji hyo….saya kenal dia…..yeoja biasa yang bernasib baik dapat bersekolah di xoxo highschool…..
<skip>
(baekhyun sedang makan seorang diri di restoran….tiba-tiba geun young datang dan duduk di sebelah baekhyun dengan perasaan yang marah)
BAEKHYUN: awak kenapa,geun young???
GEUN YOUNG: tahu tak??? tadi datuk awak seperti menyoal siasat saya…..saya sangka dia seorang yang menyenangkan tapi rupa-rupanya……nampaknya dia tak suka saya……patut ke dia tanya saya tentang ji hyo???
BAEKHYUN: apa yang dia tanya???
GEUN YOUNG: dia tanya pendapat saya tentang ji hyo…….dia kenal ji hyo???
BAEKHYUN: datuk pernah kata bahawa ji hyo pernah menolongnya semasa terjatuh ke dalam kolam memancing……
GEUN YOUNG: jadi,mereka berdua dah kenal???
(geun young menjadi gelisah)
BAEKHYUN: awak kenapa,geun young???
GEUN YOUNG: tak da apa-apa…..
<skip>
(datuk byun pergi ke rumah ji hyo)
DATUK BYUN: datuk boleh tanya??? Semasa kamu bercerita di tempat memancing itu,orang yang kamu maksudkan itu ialah byun hye na dan juga xi luhan ???
(ji hyo terus tersedak sewaktu dia meminum air….)
DATUK BYUN: (tersenyum melihat telatah ji hyo) adakah kamu mencintai luhan dan hye na menentangnya??? Luhan dah bertunang….adakah kamu masih mengharapkan dia???
JI HYO: tidaklah,datuk…..saya dah ikhlaskan semuanya dan tentunya ramai lagi namja yang masih mahukan ji hyo,kan???
DATUK BYUN: betul???
JI HYO: betu datuk,kalau saya bersama dia,kami asyik bergaduh saja….nampaknya kami tak sesuai dan rasa menjengkelkan…..kalau ji hyo kena darah tinggi tak elok,datuk…nanti ji hyo cepat mati pula….ji hyo mahu panjang umur seperti datuk……jadi,datuk bertenanglah….ji hyo tak apa-apa…..
<skip>
(datuk byun kembali ke rumahnya….dia mendapati omma chanyeol….dan kemudian dia mengajak omma chanyeol bersembang)
DATUK BYUN:selamat malam,rin jin……(sambil mencium dahi omma chanyeol lalu menarik kerusi dan duduk bersebelahan dengan omma chanyeol) appa baru saja berjumpa dengan ji hyo…….yeoja yang pernah selamatkan appa semasa appa hampir lemas di tempat memancing…….tak tahulah kenapa kalau appa melihat dia,appa seperti melihat kamu waktu dulu…..appa jadi rindu pada masa kita bersama dulu…..ada kamu, unnie kamu hye na dan juga oppa kamu hee jin……tapi waktu itu dah berlalu….kenangan itu hanya tinggal mimpi…..kalaulah ji hyo menjadi cucu appa….tentu appa boleh lebih menikmati hari tua appa ini…….cucu???!! kamu setuju???
(omma chanyeol mengganguk lemah lalu senyum dengan permintaandatuk byun)
<skip>
(pada waktu pagi)
(datuk byun mengumpulkan semua ahli keluargannya teramsuk,luhan,chnayeol dan juga baekhyun)
OMMA LUHAN: luhan???? Bukanya kamu sepatutnya berada di sekolah???
APPA BAEKHYUN: baekhyun???
LUHAN: ya,omma memang kami sepatutnya berada di sekolah…..datuk yang suruh kami ke sini…..
APPA BAEKHYUN: ada apa ini???
APPA CHANYEOL : nampaknya semua dah berkumpul….maaflah ada hal penting tadi….(masuk secara tiba-tiba)
(datuk byun sedang menuruni tangga dan kemuadian mendekati anak dan cucu-cucunya)
DATUK BYUN : kamu semua dah berkumpul…..
OMMA LUHAN : ada apa sebenarnya appa ???
DATUK BYUN : appa dah memikirkan tentang pemimpin syarikat BY……dengan itu,appa memutuskan supaya kamu memenuhi satu lagi syarat……kamu semua kenal ji hyo,kan ??? datuk terhutang nyawa padanya…..jadi,sesiapa yang boleh mengambil hati ji hyo kemudian memperisterikannya kelak,dialah yang akan mejadi pemimpin syarikat BY…….
APPA BAEKHYUN : apa maksud appa ???
OMMA LUHAN :appa bergurau,kan ??? appa tak serius tentang perkara ini,kan???
DATUK BYUN: appa tak bergurau dan appa serius…..
APPA CHANYEOL: (ketawa kecil) tentu appa main-main….appa yakin???
DATUK BYUN: sudah,kamu diam……appa dah fikirkan perkara ini baik-baik dan ini adalah keputusan appa…..yang tinggal cuma usaha kamu……kalau ada yang merasa tak sanggup,dia boleh keluar daripada pertandingan ini…….(terus meninggalkan mereka semua)
<skip>
(di rumah baekhyun)
APPA BAEKHYUN: tapi mamang benar,kan??? Kamu belum ada teman wanita,baekhyun…..
BAEKHYUN: apa maksud appa???
APPA BAEKHYUN: kalau kamu benar-benar nak jadi pemimpin syarikat BY , kamu mesti mahu memenangi hati ji hyo…..
BAEKHYUN: biar betul,appa….dari mula saya kenal ji hyo,saya tak pernah tertarik padanya walau sedikit pun…..kalau begini caranya,sama saja seperti datuk tak beri saya peluang……
<skip>
(di rumah luhan)
OMMA LUHAN: luhan,kamu jangan fikir omma akan mengikut syarat datuk kamu….lebih baik omma cari cara lain untuk mendapatkan hak kamu…..
LUHAN: kenapa omma tak batlkan pertunangan saya??? Sia-sia saja,kan??? Datuk dah buat keputusan sendiri,omma….
OMMA LUHAN: kamu nak memalukan omma,luhan??? Di mana omma nak letak muka kalau pertunangan kamu dan geun young dibatalkan??? Ingat,luhan….sampai bila-bila pun omma tak mungkin menyukai ji hyo !!!! ingat itu….
<skip>
(di sekolah)
(kai ingin mengajak ji hyo ke sebuah kelab yang jarang mengetahui kehadiran exo di kelab itu…..tapi ji hyo menolak dan kai gagal mebuktikan yang dia boleh megajak ji hyo ke kelab…….di luar kelab itu juga terdapat sebuah dance stage…..kai selalu ke sana kerana dia suka melihat tarian yang lain….tapi di dance stage itu semua yang menari adalah anti exo)
<skip>
(di rumah chanyeol)
CHANYEOL :kenapa mseti dengan cara ini,datuk???kan datuk boleh pilih sesiapa saja yang layak…..chanyeol pasti yang mak cik hye na dan pak cik hee jin pasti setuju dengan keputusan datuk…..
DATUK BYUN: datuk cuma berusaha untuk berlaku adil…..
CHANYEOL: tapi bukan begini caranya,datuk…..tak seharusnya melibatkan ji hyo dalam hal keluarga kita….dia bukan barang taruhan…..
DATUK BYUN: datuk tak cuba jadikan ji hyo barang taruhan tapi semua ini bergantung kepada usaha kamu…..datuk tak pernah memaksa kamu ataupun omma dan appa kamu…….kamu ambil berat terhadap ji hyo…..kamu tak mahu ji hyo menjadi rebutan diantara kamu,baekhyun dan luhan,kan??? Bertenanglah,chanyeol….bukan datuk yang tentukan siapa yang ji hyo harus pilih tapi ji hyo sendiri yang akan memilih…..
<skip>
(di kelab)
(kai mengajak ji hyo ke kelab dengan membohongi ji hyo)
JI HYO: heyyy awak bawa saya ke tempat apa ni???
KAI: apa??? Tak dengarlah……
JI HYO: awak bawa saya ke tempat apa??? (jerit ji hyo)
KAI: tak dengarlah…..
(sedang rancak kai menari tiba-tiba dia terlanggar seseorang)
YEOJA : hai,kai…..hairan pula awak ke sini….ini siapa ??? (sambil menunjuk ke arah ji hyo)
KAI: hai,ini teman wanita saya yang baru…..(sambil merangkul bahu ji hyo)
YEOJA: teman wanita baru awak??? Okey,saya pergi dulu….
JI HYO: apa awak ni??? (sambil mlepaskan bahunya dari pegangan kai)
KAI: tadi tu bekas teman wanita saya…..saya sengaja buat dia sakit hati……sudahlah,menari saja…..
JI HYO: awak gila???(lalu meninggalkan kai)
KAI: ji hyo!!! (sambil mengejar ji hyo)
(mereka berhenti di luar kelab)
KAI: ji hyo….maafkan saya…..
JI HYO: awak gila, ya??? Awak dah kenakan saya??? Gunakan nama luhan pula tu……
KAI : sudahlah, jangan marah…….
JI HYO : malaslah…..(sambil pergi meninggalkan kai)
(tetapi kai menariknya kembali)
KAI : saya benar-benar minta maaf….saya tahu awak banyak masalah…..sebab itulah saya nak hiburkan awak……
JI HYO : tapi awak tak perlu berbohong macam ni,kan ???
KAI: okey, sekarang awak nak hukum saya apa??? Terpulanglah……
JI HYO: okey…..terlanjur saya dah marah macam ni,awak mesti hiburkan saya…..
KAI: so,what should i do ???
(mata ji hyo tertumpu pada satu tempat….tempat itu adalah dance stage bebas….dia mnyuruh kai menari dia tempat itu….kai akur dengan arahannya….pada mulanya mereka menyaksikan tarian orang lain…..tapi secara tidak sengaja dia termasuk ke dalam gelanggang itu kerana ditolak ji hyo…..dia pun menari sehinnga topinya tertanggal dari kepalanya…..orang yang berada di situ semuanya marah kerana dia adalah ahli exo…..dam mereka yang lain adalah anti exo….dalam masa yang sama,luhan juga berada di kelab itu tengah mencari kai….dia juga terlaggar dengan yeoja tadi….dan yeoja tadi memberitahu luhan yang kai ke sini bersama seorang yeoja…..
<skip>
(di dance stage)
ANTI EXO: kau kai exo??? Berani kau datang ke sini…..kau tahu tak siapa kami di sini ??? lain kali kalau kau datang ke sini,nahaslah kau…..(lalu meninggalkan kai)
JI HYO : mereka siapa ???
KAI : mereka anti exo….biasalah ada yang suka,ada yang benci…..
<skip>
(ji hyo dan kai bertembung dengan luhan….)
LUHAN: heyyy kenapa kau ke sini……apa maksud kau mengajak ji keluar???jangan-jangan kau pun nak ikut syarat datuk untuk mendapatkan ji hyo????
JI HYO: nanti dulu…..syarat datuk??? Maksudnya ???
LUHAN : taklah,tak ada apa-apa….
JI HYO: apa datuk beritahu sehingga kai ajak saya keluar???
KAI: bertenang,ji hyo…..saya cuma main-main saja tadi…..
JI HYO : kenapa tak mengaku saja ??? (sambil memijak kaki kai)
KAI: datuk byun kata, dia akan serahkan syarikat BY kalau berjaya mendapatkan awak…..
LUHAN: tolonglah,ji hyo…..jangan pedulikan kata-kata datuk tu….
JI HYO: gila betul…..baik si datuk,cucu-cucu mahupun saudaranya,sama saja jahatnya…..(lalu pergi meninggalkan mereka berdua)
<skip>
(pada pagi itu,ji hyo datang berjumpa dengan datuk byun….untuk menanyakan hal yang sebenar)
JI HYO: datuk,kenapa datuk sampai hati dengan saya??? Kenapa datuk suruh semua cucu datuk mendekati saya??? Datuk nak jadikan saya umpan???
DATUK BYUN: ji hyo,datuk langsung tiada niat untuk menjadikan kamu umpan……
JI HYO: maaf,datuk…..saya tak mahu terlibat apa-apa pun dengan keluarga datuk….saya cuma orang luar yang tak tahu apa-apa dan tak mahu apa-apa……jadi,saya harap datuk boleh tegas dengan semua cucu dan anak datuk……saya minta diri…..(lalu meninggalkan datuk byun)
(chanyeol mengejar ji hyo dari belakang)
<skip>
CHANYEOL: ji hyo,nanti dulu….(sambil mengejar ji hyo)
JI HYO : sudah,jangan ikut saya lagi !!! saya boleh pergi sendiri…..
CHANYEOL : ji hyo,saya sayangkan awak !!!!
(ji hyo tergamam dan terhenti di jalan…..)
JI HYO: saya boleh pergi sendiri….
(chanyeol menarik tangan ji hyo dan kemudian memegang muka ji hyo lalu chanyeol kiss ji hyo…..dalam waktu yang sama luhan keluar dari kereta setelah melihat perbuatan chnayeol)
Bersambung………